bg

Welcome To Illa Arabella Official Blogspot~...Be My FOLLOWERS ok?^,^...chill babe........^,*...do LIKE my Page in FB Illa Arabella OfficialPage~..TQ!...:D

Sunday, December 16, 2012

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI PADI

Salam dan selamat sejahtera semua...^,^
ok,hari ini illa nak masak lauk siput sedut ni...
actually request dari seseorang..
dia cakap teringin dan mengidam nak makan lauk ni...haha
so illa masakkan lah lauk ni WALAUPUN  TAK PERNAH masak lagi lauk ni..
hehehe...

sebenarnya, lauk ni sama saja bahan2 nya dengan masak lemak cili padi yang illa masak hari tu..
cuma kita tambah sedikit bahan lain dan tukar ikan kepada SIPUT SEDUT!
hehehe...

resepi ni,bukan lah resepi turun temurun dari nenek moyang illa ke or what ever lah..
illa ni pun still belajar lagi dalam masak2 ni..xde lah PAKAR sangat macam
chef2 hebat kat luar sana tu..huhu
tapi xsalah kan kalau kita mencuba..^,^
USAHA TANGGA KEJAYAAN!



bak kata JOHAN: TUNJUK AJAR KU SIPUT SEDUT...SLUUURRPPP!!!>,<
hahaha.....(ok,just iklan)
hehehe....

dah lah,membebel plak illa ni..hehehe
jom try resepi ni pulak..^,^

bahan-bahannya :

  • 800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawah putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 5 biji cili padi (ikut suka) *
  • 1 mangkuk santan
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai diketuk
  • sehelai daun kunyit (hiris nipis)
  • garam secukupnya

cara-cara memasak :
  1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.
  3. Masukkan juga kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
  4. Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
  5. Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..
  6. Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya..


SELAMAT MENCUBA!

^_^

1 comment:

Visual Art Photography said...
This comment has been removed by a blog administrator.