bg

Welcome To Illa Arabella Official Blogspot~...Be My FOLLOWERS ok?^,^...chill babe........^,*...do LIKE my Page in FB Illa Arabella OfficialPage~..TQ!...:D

Monday, April 9, 2012

CARA MEMOTONG KUKU YANG BETUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera illa ucapkan kepada 
semua readers DOLLYMOLLY..
terlebih dahulu illa ingin meminta maaf sebab dah lama tidak update blog ni..
^___^

Baik lah,kali ini illa ingin berkongsi dengan anda semua
tentang bagaimana memotong kuku dengan cara yang betul
mengikut sunnah RASULULLAH S.A.W

Sebagai orang Islam,adalah tidak wajar berkuku panjang atas apa jua alasan sekali pun..
kerna ia tidak melambangkan kesucian  dan bukan budaya kita sebagai seorang Islam..
^___^

CARA MEMOTONG KUKU YANG BETUL


Kuku Tangan

1. Dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan
2. Diikuti dengan jari hantu tangan kanan
3. Jari manis tangan kanan
4. Jari kelingking tangan kanan
5. Seterusnya jari kelingking tangan kiri
6. Jari manis tangan kiri
7. Jari hantu tangan kiri
8. Jari telunjuk tangan kiri
9. Ibu jari tangan kiri
10. Diakhiri dengan ibu jari tangan kanan

Berlainan pula dengan kuku kaki

Kuku Kaki

1. Dimulakan jari kelinking kanan
2. Diikuti dengan jari manis kanan
3. Jari hantu kanan
4. Jari manis kanan
5. Ibu jari kanan
6. Seterusnya ke ibu jari kaki kiri
7. Jari telunjuk kiri
8. Jari hantu kiri
9. Jari manis kiri
10. Akhir sekali jari kelinking kaki kiri

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Wallahu'alam....

SHARING is CARING...CARING is LOVING!
^___^


No comments: