bg

Welcome To Illa Arabella Official Blogspot~...Be My FOLLOWERS ok?^,^...chill babe........^,*...do LIKE my Page in FB Illa Arabella OfficialPage~..TQ!...:D

Sunday, December 16, 2012

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI PADI

Salam dan selamat sejahtera semua...^,^
ok,hari ini illa nak masak lauk siput sedut ni...
actually request dari seseorang..
dia cakap teringin dan mengidam nak makan lauk ni...haha
so illa masakkan lah lauk ni WALAUPUN  TAK PERNAH masak lagi lauk ni..
hehehe...

sebenarnya, lauk ni sama saja bahan2 nya dengan masak lemak cili padi yang illa masak hari tu..
cuma kita tambah sedikit bahan lain dan tukar ikan kepada SIPUT SEDUT!
hehehe...

resepi ni,bukan lah resepi turun temurun dari nenek moyang illa ke or what ever lah..
illa ni pun still belajar lagi dalam masak2 ni..xde lah PAKAR sangat macam
chef2 hebat kat luar sana tu..huhu
tapi xsalah kan kalau kita mencuba..^,^
USAHA TANGGA KEJAYAAN!



bak kata JOHAN: TUNJUK AJAR KU SIPUT SEDUT...SLUUURRPPP!!!>,<
hahaha.....(ok,just iklan)
hehehe....

dah lah,membebel plak illa ni..hehehe
jom try resepi ni pulak..^,^

bahan-bahannya :

  • 800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawah putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 5 biji cili padi (ikut suka) *
  • 1 mangkuk santan
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai diketuk
  • sehelai daun kunyit (hiris nipis)
  • garam secukupnya

cara-cara memasak :
  1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.
  3. Masukkan juga kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
  4. Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
  5. Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..
  6. Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya..


SELAMAT MENCUBA!

^_^

Friday, November 30, 2012

GULAI LEMAK CILI PADI

Salam dan selamat sejahtera..^.^
hai illa resepi ape pulak nak share kali ini??
hehehe..tengok title pun dah tahu kan?^,^

GULAI LEMAK CILI PADI!!!



ok jom try resepi ni pulak..^,^


bahan-bahan :

-2 biji bawang merah (ditumbuk/dikisar)
-1 inci kunyit hidup (ditumbuk/dikisar)
-15 biji cili padi (ditumbuk/dikisar)
-1 batang serai (dititik)
-3 ekor ikan yang telah disiang dan dipotong 2 setiap seekor
-garam
-serbuk kunyit
- santan cair dalam sebiji kelapa

cara-cara memasak:

- masukkan santan cair kedalam periuk, masukkan bahan2 yang telah dikisar/ditumbuk tadi..buka api yang sederhana..kacau sehingga sebati.
-masukkan garam dan serbuk kunyit.
-masukkan ikan dan serai yang telah dititik tadi..kacau sehingga masak/menggelegak.
-siap untuk dihidang.!

*jangan berhenti kacau sehingga menggelegak sebab takut pecah minyak.

SELAMAT MENCUBA!
^_^

Thursday, November 29, 2012

SAMBAL UDANG

Salam dan selamat sejahtera semua..^,^
ok resepi yang illa nak kongsi hari ini ialah SAMBAL UDANG PETAI
eh mane ade petai lah..xde stok..hahaha
ok jom lihat resepinya...^,^



bahan-bahan :
 
- udang segar dalam 500gm
-1 labu bawang besar (dihiris)
-cili pres (2 senduk)
-1 mangkuk kecil air asam jawa
-minyak masak
-gula
-garam

cara-cara memasak :

-goreng udang terlebih dahulu dan ketepikan.
-panaskan minyak untuk menumis cili pres..masak sehingga cili masak.
-masukkan gula dan garam secukup rasa..masukkan udang yang telah digoreng tadi
-masukkan bawang yang telah dihiris dan air asam..biarkan seketika sehingga sebati.
-sedia untung dihidang.

#kalau nak letak petai pun boleh setelah masukkan udang.

SELAMAT MENCUBA !
^_^

Monday, November 26, 2012

NASI GORENG BELACAN

salam dan selamat sejahtera semua!!^,^
ok hari ini illa nak share resepi nasi goreng belacan dengan korang semua..
mudah je nak masak nasi goreng belacan ni..



RESEPINYA:

bahan-bahan :

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 1 inci belacan-tumbuk
  • 10 tangkai cili api-ditumbuk
  • sedikit udang kering-tumbuk
  • 1 cawan ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
  • 3 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2 ikat kailan-potong (ILLA X GUNA SAYUR)
  • sedikit isi ayam/udang/daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

caranya :

  • Panaskan minyak,tumis bahan2 yang telah ditumbuk sehingga naik bau
  • Masukkan isi ayam/udang/daging sehingga masak.masukkan sedikit garam.
  • Masukkan nasi. Gaul sehingga sebati kesemua bahan.masak seketika dan tutup api.
  • taburkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.SIAP!

SELAMAT MENCUBA!
^_^

Saturday, November 3, 2012

PUTERAKU...

Ya Allah Ya Tuhanku..
Berikanlah aku kekuatan..
Berikanlah aku ketabahan..
Berikanlah aku ketenangan...
untuk menempuhi segala rintangan dan dugaan-MU Ya Allah
sesungguhnya aku hanya hambaMU yang lemah..
sesungguhnya aku hanya hambaMU yang kerdil..

Wahai sayangku..
Lindungilah aku dari kehancuran dunia
berikanlah aku ruang untuk bernafas
berikanlah aku kasihmu yang tulus itu
berikanlah aku sayangmu yang ikhlas itu
sesungguhnya semangatku ada pada dirimu
sesungguhnya kasihku ada pada senyumanmu..

Dengarkanlah bisik hatiku
Fahamilah bisik hatiku
Rasakanlah bisik hatiku, dan
Sambutlah bisik hatiku..

Bersama kita tanam benih cinta ini
Menuai bersama ketika semi datang
Bertahan saat gugur menyapa
Mendinginkan ketika panas menyentuh dan
Menghangatkan saat dingin memeluk..

Ketika ragu menghampiri
Percayalah aku akan menyeka keraguan itu
Ketika luka menggoresmu
Percayalah aku yang memegang penawar luka itu.

Ketahuilah,
Mengertilah,
Tetapkanlah, bahawa


H.A.C.K.S




Friday, September 21, 2012

~KEMBALI BERSINAR~

Salam dan selamat sejahtera semua!!!^,^
ha! see the title..' KEMBALI BERSINAR'
BERSINAR LAH SANGAT KAN...
hahaha.....
actually nak cakap yang illa dah kembali setelah sekian lama tak update blog ni..
dah bersawang dah ni..hahaha..

ok kawan2 illa sihat x ni?^,^
rindu kamu semua tau...
sebenarnya banyak story illa nak share ni tapi tak tahu nak mula dari mana...
hehehe...

oklah,illa story pasal raya dulu lah eh...
(apelah illa ni,Syawal dah habis baru nak update pasal raya kan)
ketinggalan betul..hahaha...

raya macam biasa lah..seronok dan sememangnya meriah je..^,^

ok,study plak??
urmm...nak final exam dah ni..lagi seminggu je lagi..
setakat ni Alhamdulillah carry mark illa semuanya memuaskan..
exam ni kena usaha lebih sikit tuk dapat keputusan yg terbaik..^,^
wish me luck ya..^,^huhu..
kawan-kawan makin bertambah..Alhamdulillah...
kehidupan semakin ceria...^,^
semuanya berkat doa kawan2 juga...^,^

ok..lagi nak story ape ye??
lama sangat tangguh,,sampai dah lupa dah nak story apa..huhu..

oh ya..kepada kawan2 yang nak final exam tu illa doakan agar korang berjaya dengan cemerlang
ya...AMIN...^_^

tu jelah rasenya nak cakap...^,^hehe
yang lain lihat gambar jelah ye...^,^
bak kata YUNA..dalam gambar ada lagu
bak kata ILLA...dalam gambar ada cerita
hahaha.....^,*

1 syawal

28 syawal

with my kakak sayang
'RATU NOVELLA EIRA'

with artis!!^,^
'SYAFIE NASWIP'
(MUKHSIN)

MY LOVELY FRIENDS

lates of me
'ILLA ARABELLA'
^____^

SEKIAN,TERIMA KASIH...^,^



Thursday, July 12, 2012

NEW LIFE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!!!^_^
waa..lama dah illa x update blog ni...almaklumlah dah sambung study macam ni lah gayanye kan...
hehehhe...^,^

ok now illa ingin lah berkongsi serba sedikit tentang pengalaman illa semasa orentasi hari tu..
orentasi ni diadakan di KAMPUNG BUKU AYER KEROH MELAKA...

masa mula-mula sampai tu,macam biasalah kan..kena daftar dulu.
pastu dalam tengah hari tu bermulalah sesi orentasi kami..^,^
dirikan khemah,berkenalan dengan rakan-rakan yang lain..

korang nak tahu apa aktiviti masa kat orentasi tu?!
perggghhh!!!punyelah tutt.......
hahahaha.....

jungle tracking lah...jogging lah.. spiderweb lah..ajarul haswad lah
pegang benang lah...ramas benang lah..lipat benang lah...semua benang lah!!
hahahah....

yang PALING SYOKK tu ade part yang kena merangkak dalam 
LUMPUR!!!!!>,<
  
PERGGGGHHHH......TERBOOEEEKKK SANGAT!!!

dah lah pakai kasut,stokin..xboleh bukak lak tu!
HAMPEH TOL!
lepas dah merangkak dalam lumpur tu kena mandi pulak kat 
AIR TERJUN KOLAM TAKUNGAN KEM PLKN
memang pergghhhh lah!!!

katanya fc kat situ nak bawak kita orang g mandi kat taman tema kat situ 
rupa-rupanya....erghhh..=_='

bila orentasi TAMAT kami semua dibawa pulang ke tempat
penginapan kami yang baru..^,^
HOSTEL kami lah....

Bermulalah cerita baru di sana....

Bersambung.....

[ student kolej ^_^ ]

Friday, May 18, 2012

~RESEPI AYAM MASAK KICAP LADA HITAM~

Salam dan selamat sejahtera to my readers...^,^
Ok,kali ini illa akan berkongsi resepi dengan anda
how to cook 'AYAM MASAK KICAP LADA HITAM'?

Resepi ni simple je..kepada gadis2 diluar sana yang baru nak belajar masak
bolehlah try resepi ini..^,^
Termasuk juga abang2 yang nak belajar resepi yang simple ni...^,*

JOM MASAK!!!^,^



BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam-dipotong beberapa bahagian
1 inci halia dihiris*
1 labu bawang besar dihiris*
2 ulas bawang putih dihiris*
1 mangkuk kecil air asam jawa#
1 sudu kecil serbuk lada hitam#
garam secukup rasa#
kicap cair
2 sudu kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
cili merah-dihiris
minyak masak


CARA-CARA MEMASAK:

= Perap ayam seketika dengan kicap cair,kicap pekat dan sos tiram.Biarkan seketika.
= Masukkan minyak dalam kuali,bila minyak dah panas masukkan ayam.Goreng sampai masak.
= Kemudian masukkan bahan2 yang bertanda '*'.Tumis sampai naik bau.
= Selepas itu masukkan bahan2 yang bertanda # dan masukkan sedikit air jika hendak berkuah.
= Masukkan kicap dan kacau seketika.
=Akhir sekali masukkan cili merah yang telah dihiris.Biarkan seketika.
= Sedia untuk dihidang..

~SELAMAT MENCUBA~
^_______^

Monday, May 14, 2012

~JUST FOLLOW AND LIKE~

Salam dan selamat sejahtera kepada readers..^_^
sihat ke?
Hari ini illa nak mintak tolong anda semua untuk follow satu blog ni
dan LIKE satu PAGE ni..
x susah pown..just follow n like...
^___^

Hope anda semua sudi membantu...


LIKE THIS PAGE

AND FOLLOW THIS BLOG


Sunday, May 13, 2012

~JAMBATAN YANG PALING MENYERAMKAN DI DUNIA~

Salam dan selamat sejahtera illa ucapkan pada readers 
DOLLYMOLLY..
AMARAN!!!
Kepada mereka2 yang mempunyai sakit jantung mahupun lemah jantung
TOLONG JANGAN TENGOK GAMBAR INI!

antry yang ringkas sahaja untuk kali ini...
just view this picture


hahahaha......

SEKIAN~^,^

Wednesday, April 11, 2012

TAMAN REKREASI ULU BENDUL!

Assalamualikum dan salam sejahtera my dear readers!!^,^
hari ni illa sekeluarga dan keluarga makngah illa pergi beriadah
di 
TAMAN REKREASI ULU BENDUL!
^___^

wahh..first time pergi tau uolls!^,*
Terletak kira-kira 25 kilometer dari Seremban atau lima kilometer dari pekan Kuala Pilah, TRUB menawarkan destinasi percutian keluarga dikelilingi kehijauan hutan lipur..

terdapat 2 pilihan bila korang sampai disana
iaitu sama ada ingin berendam di kolam buatan manusia ataupun
yang sedia ada..^,^
dan yang menariknya bila pergi ke tempat ini,ia tiada dikenakan apa2 bayaran pun..
FREE KE??
YUP!!!FREE AWOK!!!>,<

SO kepada keluarga yang ingin pergi beriadah dan menginginkan BAJET yang sedikit
boleh lah ke tempat ini..

[kolam buatan manusia]

Bagi yang mahu mandi-manda di kawasan air terjun dan sungai berbatu, mereka hanya perlu berjalan kira-kira 100 meter dari kawasan kolam mandi buatan manusia itu.
Di sini, orang ramai boleh mandi dengan selamat sambil melihat pemandangan hutan lipur yang semula jadi.
Jika mahu mandi di jeram yang lebih dalam, mereka boleh menyusuri sungai itu, tetapi harus berhati-hati ketika melalui kawasan berbatu kerana ia agak licin manakala paras airnya lebih dalam.
TRUB juga menyediakan lokasi perkhemahan sesuai untuk individu atau mereka yang datang secara berkumpulan..

Lihat lah beberapa gambar yang sempat illa snap
semasa disana..^,^





SEKIAN,TERIMA KASIH~
^___^

Monday, April 9, 2012

CARA MEMOTONG KUKU YANG BETUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera illa ucapkan kepada 
semua readers DOLLYMOLLY..
terlebih dahulu illa ingin meminta maaf sebab dah lama tidak update blog ni..
^___^

Baik lah,kali ini illa ingin berkongsi dengan anda semua
tentang bagaimana memotong kuku dengan cara yang betul
mengikut sunnah RASULULLAH S.A.W

Sebagai orang Islam,adalah tidak wajar berkuku panjang atas apa jua alasan sekali pun..
kerna ia tidak melambangkan kesucian  dan bukan budaya kita sebagai seorang Islam..
^___^

CARA MEMOTONG KUKU YANG BETUL


Kuku Tangan

1. Dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan
2. Diikuti dengan jari hantu tangan kanan
3. Jari manis tangan kanan
4. Jari kelingking tangan kanan
5. Seterusnya jari kelingking tangan kiri
6. Jari manis tangan kiri
7. Jari hantu tangan kiri
8. Jari telunjuk tangan kiri
9. Ibu jari tangan kiri
10. Diakhiri dengan ibu jari tangan kanan

Berlainan pula dengan kuku kaki

Kuku Kaki

1. Dimulakan jari kelinking kanan
2. Diikuti dengan jari manis kanan
3. Jari hantu kanan
4. Jari manis kanan
5. Ibu jari kanan
6. Seterusnya ke ibu jari kaki kiri
7. Jari telunjuk kiri
8. Jari hantu kiri
9. Jari manis kiri
10. Akhir sekali jari kelinking kaki kiri

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Wallahu'alam....

SHARING is CARING...CARING is LOVING!
^___^


Friday, March 9, 2012

PETUA KECANTIKAN MUKA

Salam dan selamat sejahtera kepada readers semua...
maaf sebab sudah lama tidak di update blog ini...^_^
Sekarang illa dah free so bolehlah illa post new entry..huhu

Ok hari ini illa ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan
"PETUA KECANTIKAN MUKA"

Sememangnya ramai wanita mahupun lelaki yang menginginkan kulit muka mereka
kelihatan cantik dan berseri..BETUL TAK???^,^

Ok jom kita tengok apakah petua-petuanya....

........................................................................................

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara untuk menghilangkannya.

  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
Alat Solek Tidak Sesuai

  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.


Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan


~SELAMAT MENCUBA~

Wednesday, February 1, 2012

~PROTON SATRIA NEO TERBARU~

Salam to all my readers...
^_^
Terlebih dahulu illa ingin minta maaf sebab sudah lama tidak update new entry right?
I'm so sorry..because buzzy dengan my work lah dear..^,^

OK NOW illa ingin berkongsi dengan korang about my
 DREAMS!
^,^
.................................................................................................................................
THIS IS MY DREAM
THE POWER OF MY DREAM!

illa minat sangat dengan kereta SATRIA NEO
dan mempunyai impian untuk memilikinya suatu hari nanti..
terbaru ini illa dapat satu link from my friend dari FB
from that link illa dapat tahu yang PROTON
ada MEMPAMERKAN keluaran terbarunya..

Berita terkini tentang Satria Neo – Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabila berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama di Monte Carlo.
Melayukini.net - Sememangnya Proton Artiga mirip asal daripada reka bentuk Proton Satria Neo. Kita sepatutnya berbangga antara salah satu kereta yang menjadi kebanggan dan perhatian adalah Proton Satria Neo. Proton Satria bermula dengan dimensi awal, kemudian disusuli dengan Satria GT dan seterusnya beralih kepada Satria Neo.

Satria Neo Baru – Proton Artiga | Proton mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerja dengan Youngman di China. Proton Artiga ni rupa-rupanya seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, nampak kereta ini secara keseluruhan lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ni.








TERBAEEKKKK AWOKK!!!!
>,<
>LOVE PROTON<
>LOVE SATRI NEO<
>LOVE ARTIGA<

^_____^