bg

Welcome To Illa Arabella Official Blogspot~...Be My FOLLOWERS ok?^,^...chill babe........^,*...do LIKE my Page in FB Illa Arabella OfficialPage~..TQ!...:D

Wednesday, December 21, 2011

~RESEPI APAM POLKADOT~

SALAM MY READERS..^_^
ok hari ini illa ingin share dengan korang cara-cara nak buat 
APAM POLKADOT..
 [setelah apam masak]

so..anda dah sedia nak buat?^,^
JOM BUAT APAM POLKADOT!!!

BAHAN-BAHAN:

3 BIJI TELUR-GRED A OR GRED B
275g TEPUNG GANDUM
220g GULA HALUS
150ml SUSU SEGAR/SUSU CAIR
3 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU KECIL OVALETTE
FILLING-BLUEBERRY@STAWBERRY
PEWARNA

CARA-CARA

-MASUKKAN SEMUA BAHAN KEDALAM PENGISAR DENGAN KELAJUAN MAKSIMUM.
-SETELAH ADUNAN KEMBANG,BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN KEMUDIAN TITISKAN PEWARNA(ikut pilihan korang nak letak warna apa..)
-MASUKKAN SETIAP ADUNAN BEWARNA KEDALAM PIPING BEG(guna plastik biasa pun boleh).
-PICITKAN ADUNAN KEDALAM MANGKUK KECIL SETENGAH SAHAJA.
-LETAKKAN FILLING SECUKUPNYA.
-PICIT LAGI ADUNAN SAMA SEHINGGA HAMPIR PENUH.
-DOT DOT KAN DENGAN ADUNAN WARNA YANG BERLAINAN IKUT PILIHAN KORANG.
-KUKUS SEHINGGA 10-15 MINIT.

P/S:kalau nak masukkan guna sudu pun boleh..tidak payah guna piping beg..tapi setiap adunan warna yang korang buat mesti masukkan sedikit kedalam piping beg untuk membuat dot dot..^_^

P/S:untuk tepung,pastikan anda ayak dulu untuk menapis kekotoran yang terdapat dalam tepung.

~SELAMAT MENCUBA~
^__^

*OVALETTE= boleh dibeli di pasar raya dan kedai bahan2 kek

*MANGKUK KECIL=yang selalu digunakan untuk buat kuih raya.

 
*SUSUN MANGKUK KECIL SEPERTI INI~

baru masukkan adunan kedalamnya...

p/s:pastikan korang ada dulang seperti dalam gambar di atas..(boleh dibeli di pasar raya/kedai yang menjual bahan2 buat kek)

~SEKIAN~
^_^


No comments: