bg

Welcome To Illa Arabella Official Blogspot~...Be My FOLLOWERS ok?^,^...chill babe........^,*...do LIKE my Page in FB Illa Arabella OfficialPage~..TQ!...:D

Wednesday, December 21, 2011

~RESEPI APAM POLKADOT~

SALAM MY READERS..^_^
ok hari ini illa ingin share dengan korang cara-cara nak buat 
APAM POLKADOT..
 [setelah apam masak]

so..anda dah sedia nak buat?^,^
JOM BUAT APAM POLKADOT!!!

BAHAN-BAHAN:

3 BIJI TELUR-GRED A OR GRED B
275g TEPUNG GANDUM
220g GULA HALUS
150ml SUSU SEGAR/SUSU CAIR
3 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU KECIL OVALETTE
FILLING-BLUEBERRY@STAWBERRY
PEWARNA

CARA-CARA

-MASUKKAN SEMUA BAHAN KEDALAM PENGISAR DENGAN KELAJUAN MAKSIMUM.
-SETELAH ADUNAN KEMBANG,BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN KEMUDIAN TITISKAN PEWARNA(ikut pilihan korang nak letak warna apa..)
-MASUKKAN SETIAP ADUNAN BEWARNA KEDALAM PIPING BEG(guna plastik biasa pun boleh).
-PICITKAN ADUNAN KEDALAM MANGKUK KECIL SETENGAH SAHAJA.
-LETAKKAN FILLING SECUKUPNYA.
-PICIT LAGI ADUNAN SAMA SEHINGGA HAMPIR PENUH.
-DOT DOT KAN DENGAN ADUNAN WARNA YANG BERLAINAN IKUT PILIHAN KORANG.
-KUKUS SEHINGGA 10-15 MINIT.

P/S:kalau nak masukkan guna sudu pun boleh..tidak payah guna piping beg..tapi setiap adunan warna yang korang buat mesti masukkan sedikit kedalam piping beg untuk membuat dot dot..^_^

P/S:untuk tepung,pastikan anda ayak dulu untuk menapis kekotoran yang terdapat dalam tepung.

~SELAMAT MENCUBA~
^__^

*OVALETTE= boleh dibeli di pasar raya dan kedai bahan2 kek

*MANGKUK KECIL=yang selalu digunakan untuk buat kuih raya.

 
*SUSUN MANGKUK KECIL SEPERTI INI~

baru masukkan adunan kedalamnya...

p/s:pastikan korang ada dulang seperti dalam gambar di atas..(boleh dibeli di pasar raya/kedai yang menjual bahan2 buat kek)

~SEKIAN~
^_^


~MAAF YA READERS~

salam my readers..^_^
terlebih dahulu,illa nak minta maaf sebab dah seminggu illa x update entry baru kan?
^_^
maaf sangat2 ya...

Illa sebenarnya baru je start kerja di butik V-ONE fashion
di dalam TESCO SEMENYIH..^,^
(ha!..lepas ni boleh lah melawat illa di sana!)
hehehe...^_^

Jadi,sejak akhir2 ni illa x ada masa sangat nak update blog ni..
RINDU kat my readers semua!!!
kamu semua jangan jemu singgah di blog illa ni ya..
kalau singgah tu,,tinggalkan lah pesanan atau apa2 mesej di shoutmix illa tu ya..
nanti illa baca..^,^

ok lah,itu saja yang illa nak bagitahu korang..
maaf sebab tak ada info2 terbaru dari illa..
kalau ada TIPS or INFO MENARIK nanti,
illa share dengan korang k!^_^
 
TAKE CARE MY READERS!
I'LL MISS YOU ALL~ =")

Monday, December 12, 2011

BAGAN LALANG~

Holla my readers..^,^
ok hari ne(Ahad) illa n fmily kluar brsiar-siar di Bagan Lalang..
sje jlan2..usha2 org kat sne..hahaha(x de kje)

korang thu x Bagan Lalang tu ape?kat mne?
jngn2 ade yg x thu..mne lah thu kan..hehe^,^

ok illa bgthu skit lah eh..
Bagan Lalang ialah sebuah pekan di pesisir pantai dalam daerah Sepang di Selangor, Malaysia. Di sini terdapat banyak hutan paya bakau dan tanah liat tempatan yang menyokong industri pembuatan batu-bata.

Kampung Bagan Lalang wujud sebelum zaman kemerdekaan Tanah Melayu kira-kira 50 tahun yang lampau. Menurut Ketua Kampung, Haji Tusirun Abdul Majid, terdapat pelbagai versi bagaimana Kampung Bagan Lalang memperoleh namanya. Namun begitu, beliau berkata bahawa perkataan “Bagan” dalam bahasa Jawa bermaksud tempat persinggahan. Dahulu, jalan laut merupakan perhubungan utama dan merupakan laluan pedagang dari Sumatera yang ingin berdagang ke Melaka. Mereka akan singgah dan berehat semalaman di kampung ini sebelum bergerak ke Melaka. Selain itu, kampung ini juga dipenuhi dengan lalang tinggi kerana masih belum diterokai sepenuhnya. Oleh sebab itu, kampung ini diberi nama Bagan Lalang dan masih dikekalkan hingga ke hari ini.





mse g td smpat lah illa snap gmbar skit..tu pun gune phone murah jer..^,^
(blum mampu nak bli dsrl tu)
hehehe..^_^

jom tengok sikit..^,*


pic selebihnya akan di post kemudian di entry akan datang..
sekian~^_^

Saturday, December 10, 2011

APAM POLKADOT+PENYU??

Holla my readers...^,^
hari ne illa nak share ngn korang semua tentang satu jenis apam
yg smakin FAMOUS di antara penggemar2 apam dan semua lah..hehehe^,^

apam ini dinamakan APAM POLKADOT sebab atas apam ne dicorakkan dot dot gitu lorh..
hehehe...
apam ne mamang sedap n boleh menarik minat budak2 sebab wrne dan teksture nye yg pelbagai..
  
[apam polkadot yg biase illa wat]
  Eh illa!..ape kne mngena apam polkadot ne ngn penyu tu??

hahaha...ok ne lah yg illa nak crte ne..
illa dah bnyak kli wat apam ne sbb mmang mudah dan seronok ..

tp mase kali ke-3 illa wat apam ne beberape mnggu yg lpas..ade 1 incident yg terjadi..
tah mcm mne kuih apam yg illa wat ne bertukar bentuk mnjadi penyu..
PERCAYA X??

korang percaye or x..korang kne percye jugak tau!
sbb illa ade BUKTI ok!^_^

korang nak tengok x gambar apam polkadot + penyu 
yg illa wat tu??^,^
 
ade request baru illa msukkan pic nye..biar korang tertnye2 mcm mne lah
bentuknye kan...hahahha.....

Adiyos~>,<

Friday, December 9, 2011

30 RAHSIA TENTANG WANITA~

Holla my readers..^,^
ok now illa nak share ngn korang tentang
rahsia wanita..
sumber ne pun illa dpat dari search di google..^,^
sekadar berkongsi..x slah kan??^_^

ok check this out!



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata.

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

INFO MENARIK~

Assalamualaikum illa ucapkan kepada mereka yg beragam Islam..^,^
sebelum illa nak share ngn korang info menarik ne..terutama skali illa nak mintak maaf
sbb dah lame x update blog ne..sbb bzi ngn exam SPM..
Alhamdulillah..skrg smuenye telah selesai..^_^

ok brbalik kpade topik kite td..illa nak share info ngn korang..
so illa hrap ape yg illa share ne..dpat mmberi sdikit sbnyak pengetahuan
kepada korang..Insyaallah..^,^

INFO MENARIK

Dikatakan :-
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.        ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
  
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
 
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
 
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
 
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG
 
KESIMPULANNYA...
~JAWAPAN ada pada DIRI ANDA~ 
Sekian~